Seramai
24,053 guru lepasan ijazah dan diploma yang memenuhi syarat tempoh
perkhidmatan akan dinaikan pangkat mulai Jun hingga hujung tahun ini.Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sempena sambutan Hari Guru ke-41 hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kenaikan pangkat itu membabitkan 8,222 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.
Beliau turut mengumumkan 3,085 pengetua gred DG48 ke DG52 dan penolong pengetua gred DG44 ke DG48 akan diperakukan untuk kenaikan pangkat secara berperingkat mulai bulan depan.
Semakan boleh dibuat melalui Sistem Maklumat Guru – Aplikasi Kenaikan Pangkat @ ePangkat
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment